BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 10 June 2011

Buat Mata yang Sedang Menangis..



Duhai mata yg sedang menangis...

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka.
Apa pun situasimu, air yg menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi
ialah anugerah Allah s.w.t yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun
di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya
kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Aduh!
Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu 
kelemahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan.
Sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya,
" Dan meraka menyungkur ( sujud ) di atas muka mereka sambil menangis
dan mereka bertambah khusyuk." ( Surah Al-Israk' 17:109 )

Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka,
maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis." ( Surah Maryam 19:58 )

Duhai mata yang sedang menangis...

Tahukah dikau, Jika dikaji dari perspektif sains, tangisan mampu menjadi
terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya.
Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya
dijana oleh tubuh. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya.
Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata.
Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah denyutan jantung sebagai
latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan
urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah dengupan jantung
ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat
sungguh penciptaan air mata!

Duhai mata yang sedang menangis...


Tangisan bukan satu keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki
atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan
menajamkan pengelihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia
mengungkap kesedihan lalu merungkap beban yg tersimpan.

Jika kau lelaki, Kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin
sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam
mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri
dan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat
menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu
kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan
tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan
 menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.
Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga dia
menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-
kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau
menangis empat kali lebih bayak daripada lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan
tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh.
Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata
daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan
emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis...

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan
itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada tuhanmu. Benar,
tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan
biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian dari masa sekarangmu untuk
melonjokkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita
ialah ubat mujarab untuk mencari ketenagan hidup. Dengarilah
pesanan rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
" Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut
kepada Allah." ( Riwayat Ahmad dan Nasa'i ).


                                                               
FROM : FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

0 Komen: