BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 10 July 2011

...sadness this sec...

Ya ALLAH, smpai bila aku nk cmni??? smpai bila??? aku da letih dgn apa yg aku alami skang.. lepas sowg sowg wat aku cmni..hidup aku ibarat mcm sampah ja.. yg sowang tipu aku ckp dya da putus nan awek dya time couple nan aku, tapi sbenarnya dya xputus pun..selama dya couple nan aku, dya couple gak nan awek dya.. YA ALLAH smpai ari ni aku xcaya yg aku kena tipu nan dya.. lepas putus nan dya tu, aku couple lak nan dya nie 3,4 ari ja good bye dah,,, ntah napa tetiba ja dya wat xtau at aku,, anta msg xbls, call xjwb..yup mang aku ada selisih faham sikit nan dya dan selisih fham tu mang aku yg aku mulakan..aku bkn nk cri gadoh aku cuma meragui ksih syg dya at aku.. just that,, tpi xsangka smpai nk jdi cmni.. da la dya yg mula dulu, pastu wat cmni lak at aku,,awal2 agi aku da gtau at dya wat msa skang ni aku mang xleh tima sapa2 dlm hidup aku, tapi dya yg besungguh2...skang an da jdi cmni mslh blik at aku bkn at dya.. pastu bila aku da mula syg at dya, dya wat at aku cmni lak..arrrrrgggghhhhhhhh aku TENSION...dya xbgi aku kwan nan laki len aku ikut, dya soh aku delete tegged aku wat ,, tpi akhirnya apa yg aku dpat ??? so sweet :( ... YA ALLAH aku betul2 menyesal couple nan dyaowg dan aku betul2 menyesal bercouple ,, tapi sbb apa aku yg kena, bkn owg len ??? aku da xsanggup nak lalui suma ni lagi :( .. makin lama perasaan benci lelaki semakin membuak2 dlm diri aku ,, YA ALLAH !!!

Aku sedar siapa aku , aku hnya insan biasa yg xmempnyai apa2 keistimewaan,,yup mang realitinya setiap mnusia ada kelebihan dan keistimewaan masing2, tpi bgi aku, diri aku langsung xmempunyai sebarang kelebihan dan keistimewaan sbb aku xpenah dihargai.. owg layan aku mcm sampah dan lebey dari sampah ..aku hodoh, xcantik , buwuk , body pung xdop, gemop, xpandai n many more..segala2nya buwuk ja sal akuh !!! tapi aku bersyukur aku gemop n xdop body cntik,, mgkin t bila ALLAH jadikan body aku elok n cntik  aku salah gunakan apa yg ALLAH bagi ..antaranya mgkn t aku xmenutup aurat, mgkin aku berpakaian seksi n menjolok mata n yg lebey buwuk agi mgkin benda yg aku xpenah pk,, akn berlaku,, nauzubillah hi min zaalik ..berbalik kpd prob aku yg tadi tu, skang mang aku xdak mod, xdak smangat nk wat papa ..selamat la imtihan qobul di Malaysia dibatalkan lau tidak mang habis ar aku ,, mang da xleh fokus at study la skang nih huhu cdey nya,, nan mslh aku yg entah apa2 habis pelajaran aku terganggu..

Dan aku bersyukur aku break at sni, lagi teruk t lau time break aku ade at mesir lagi down la pelajaran aku ,, papa pun mgkin ada hikmah disebalik apa yg terjadi at aku nih ,,selepas aku mencoretkan kesedihan n kegeraman at blog usang aku nie ,, alhamdulillah aku rasa semakin lega skang ,, skurg2nya aku ada tmpt nak kongsikan mslh aku .. lau  xda blog nie , mgkin  mata aku xkan behenti menangis..itu adalah satu kepastian :) ... aku akhiri coretan luahan aku dgn beberapa bait ayat yg aku rasa amat berguna bgi yg bercouple, berkasih n bermacam2 la lgi hehe..renung2kan dan selamat beramal :)


 Carilah cinta seperti mana yang kamu inginkan dan kamu tidak akan pernah menemukannya.  Kerana manusia menginginkan yang terbaik sedangkan di dunia ini tidak ada yg sempurna. Maka keikhlasan menerima kekurangan tersebut merupakan kesempurnaan cinta itu.

Jika engkau tidak bisa memiliki apa yang engkau sukai, maka sukailah apa yang engkau miliki..


Sayangilah pasangan anda sepenuh hati.. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalinkna hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia memilih anda. Jadi jangan sesekali cuba untuk mempermainkan kehuluran cintanya.

CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA...BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU...



Saturday 9 July 2011

letih menjadi seorang aku..

Terkadang aku
merasa letih
menjadi seorang aku.

dalam sunyi dia bertamu
dalam gelap dia menyinar

puas aku berlari
dari kenangan silam
tetapi dia
tetap setia menghantui..

letih menjadi seorang aku
yang masih hidup
dengan bayang-bayang kenangan lalu.

Monday 4 July 2011

Besabarlah wahai hati

Duhai hati...
Hentikan sahaja angan-anganmu,
Hentikan sahaja kiraan waktumu,
Masanya belum tiba untuk kau miliki si mujahid,
Kerana kau sendiri belum menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!!

Hati...
Janganlah kau sibuk mengejar cinta si mujahid,
Tetapi kejarlah cinta Penciptanya.

Hati...
Janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu,
Sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu ku raih.

Hati...
Sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??
Tetapi kau masih terlalu rapuh untuk menghadapinya...
Kau perlu tabah!!!

Dan aku tahu,
Kau tak mampu untuk jadi sebegitu tabah dalam sehari dua...

Duhai hati, bersabarlah...
Perjalanan kita masih jauh.

Bersabarlah....Teruskan doamu,
Hari itu akan tiba jua.
Pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak...

Duhai hati..
Yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..

Duhai hati..
Ingatlah, janji Allah janji yang pasti..

Wahai hati..
Manangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..
Pasti kan kau temui jalannya nanti..

Wahai hati..usahlah bersedih lagi.. carilah redha-Nya, sematkan di setiap sudut hati..

Moga kasih-Nya, menyinari hari-hari yg menanti..insyaALLAH...

~ ku kan terus berdoa dan berharap pada-MU ~

  
Bersabarlah....

- peringatan buat diriku yg selalu lalai & alpa -

Saturday 2 July 2011

Aurat Wanita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Friday 1 July 2011

mati ,,

assalamualaikum..baralakallah hu lakum :) ..penah x kowang terpk sal mati nih?? xkan xpenah kot,,mesti penah gak an walaupun cuma sesaat..erm aku lau xpk sal mati nih ase mcm happy je sbb leh wat suke2 ati, tpi bile aku pk sal mati aku jadi cam xleh nk wtpa,aku jdi tkut smpai nangis2..aku nangis first sbb aku tkut dok dlm kubo yg gelap gelita sowg2, second aku takut kena siksa pastu ak tingat dosa aku yg bertimbun tuh  huhu..siyes smlm aku asa mcm nak mati ja,,pwot aku n bdan aku asa len mcm, bdan aku jdi mcm xbermaya,,mang suma yg aku wat asa xkena smlm..dlm otak aku ni berlegar2 ja perkataan MATI ... pastu msa nak smayg maghrib smlm aku da mula nangis smpai abis smayg,,time doa tu lagi la,,hnya tuhan yg tau teruknya aku nangis smpai tersedu2,,aku xtipu,aku tkut gila smlm,,pastu lepas abis smayg aku bca surah yasin,,kebetulan pkcik aku baru meninggal smlm, aku amik kesempatan sedekahkan bcaan yasin at dia,alhamdulillah perasaan aku beransur tenang lepas baca quran,,terima kasih ya allah,,erm mgkin apa yg jdi smlm sbgai peringatan, mgkin juga sbgai petanda awal tuk aku.. hnya tuhan yg mengetahui apa yg terjadi dan bakal terjadi..aku mohon kpd ALLAH supaya aku dijauhkan dari azab kubur, supaya aku dipanjangkan umur dan smoga aku bahagia di dunia dan di akhirat,,smoga ALLAH mendengar rintihan aku..amin yaa rabbal aalamin..