1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts
Saturday, 2 July 2011
Aurat Wanita
Wednesday, 15 June 2011
AGUNGNYA CIPTAANMU YA ALLAH PADA INSAN BERNAMA WANITA ♥ ♥
Ketika Allah menciptakan insan bergelar Wanita, Dia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Pada hari ke-enam, datang seorang Malaikat bertanya, " Ya Allah, kenapakah engkau
mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan ciptaan-Mu kali ini? "
Allah menjawab, " Sudahkah engkau melihat betapa cantik dan mulianya ciptaanku ini?
Lihat Dua tangan yang ada ini mestilah boleh dibersihkan, tetapi bahannya bukanlah daripada plastik.
Setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh digerakkan dan berfungsi baik untuk segala jenis makanan.
Mampu menjaga banyak anak bersamanya. Mempunyai pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan keburukan. Dan semua yang kuterangkan tadi cukup dengan hanya menggunakan dua tangan ini "
Malaikat berkata," Ya Tuhanku, cukuplah setakat hari ni. Engkau boleh menyambungkannya keesokan hari
"Oh, tidak. Aku mahu menyiapkannya. Ini adalah ciptaan kegemaran-Ku," balas Allah kepada malaikat-Nya
Malaikat itu terpanggil untuk mendekati dan melihat dengan jelas ciptaan Tuhan-Nya, iaitu Wanita
Disentuhnya ciptaan tersebut. " Ya Tuhanku, kenapakah engkau membuatnya begitu lembut? "
Allah menjawab, " Ya. Aku membuatnya lembut. Tapi... . pastinya engkau tak terfikir apatah lagi sanggup membayangkan kekuatan yang Aku berikan agar mereka dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa " .
" Adakah ciptaan-Mu ini mampu berfikir, Ya Tuhanku ? " tanya Malaikat itu penuh kehairanan.
Allah menjawab, " Dia bukan sahaja mampu berfikir, malah Aku berikan kepadanya kekuatan untuk bertolak ansur dan bertoleransi yang luar biasa
Malaikat menyentuh ciptaan itu di bahagian dagunya... .
" Ya Tuhanku, kelihatan seperti ciptaan-Mu ini kelihatan seperti Lelah dan Rapuh. Seolah terlalu banyak Beban yang perlu ditanggungnya.
Sambil tersenyum, Allah menjawab " Itu bukan bererti Lelah atau Rapuh. Itu adalah air matanya. "
Malaikat kehairanan lalu bertanya " Air mata " ? Untuk apa, Ya Tuhanku ? "
" Air mata adalah satu cara untuk dia menyuarakan perasaanya
Segala kegembiraan, keresahan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaannya ",
sambung Allah.
Dengan perasaan takjub, Malaikat berkata, " Ya Allah, Subhanallah ! Begitu Agungnya ciptaan-Mu bergelar Wanita ini, Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Mencipta sesuatu yang menakjubkan yang tak mampu dijawab dek Akal
Allah menjawab, " Ya mesti
Aku ciptakan Wanita ini supaya dia mempunyai kekuatan mempersona lelaki. Dia kuat mengatasi Beban malah mampu melebihi laki-laki
Dia mampu menyimpan Kebahagiaan apatah lagi Kesedihannya sendiri Dia mampu tersenyum dikala hatinya dihimpit dan diguris kesedihan, menyanyi di saat menangis, menitiskan air mata di saat terharu, bahkan tertawa di saat ketakutan.
Dia mampu bekorban untuk orang-orang yang dicintainya. Mampu berdiri teguh di kala melawan ketidak adilan apatah lagi makin teguh di kala melihat kebaikan. Mampu juga menerjunkan dirinya tanpa menghiraukan bahaya untuk keluarganya Dia menolong temannya yang kesakitan untuk mendapatkan ubat. Cintanya TANPA bersyarat !
Dia menangis saat dikurniakan suami disampingnya. Dia menangis saat melihat anaknya menjadi pemenang Dia girang dan bersorak saat melihat temannya tertawa. Dia begitu bahagia mendengar kelahiran. Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian. Dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi hidup. Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka biar sedalam
mana peritnya.
Cuma... .ciptaanku ini punya satu kelemahan... ", terang Allah pada Malaikat-Nya.
Malaikat itu kehairanan. " Ciptaan Allah Yang Maha Agung ini punya kelemahan? Nyatakan padaku kerana aku tidak memahaminya, Ya Allah".
Allah menjawab, " Ya, wahai Malaikat. Ciptaanku ini punya satu kelemahan ".
Malaikat terus bertanya, " Apa dia, Ya Tuhanku ?
" Kelemahan ciptaan-Ku ini adalah kerana... . Dia lupa Betapa Berharga dan Istimewa Hakikat Kejadiannya." , jawab Allah. Malaikat tunduk tanpa mampu bertanya lagi.
Friday, 13 May 2011
Banggakah Engkau ???
WANITA..
Engkau bangga..
dirimu selalu diperhati..
lenggokmu mampu mencairkan hati..
senyum manismu menggetarkan..
tubuhmu menggiurkan..
engkau bangga tika mampu..
menarik perhatian mereka..
engkau bangga tika..
ramai yang mendekatimu..
tergila-gilakanmu..
ENGKAU BANGGA..
disaat teman sejenismu
cemburukanmu..
kerana mampu menarik
sejumlah insan kepadamu..
wah!! makin ligat kau hadapi semua itu
makin tebal make-up..
makin jarang baju..
makin sendat mempertontonkan tubuh..
ada apa dengan itu semua ???
apa yang nak dibanggakan??
bangga dapat menjadikan diri semakin murah??
bangga dapat menempah tempat di neraka??
malangnya siapa yang mendapatmu..
malangnya siapa yang menjadi teman hidupmu kelak..
kerana dirimu sudah tidak berharga..
kerana dirimu terlalu murah..
kerana sesiapa sahaja mampu
memilikimu..
melihatmu..
walau tanpa ikatan suci itu..
SEDARLAH DUHAI WANITA...
Engkau dulu hina..
engkau hanya di muliakan dengan agama..
islamlah yang mengangkat tarafmu..
tetapi mengapa setelah di angkat..
engkau memilih untuk di hina semula??
sedarlah..
dunia semakin tua..
manusia semakin leka..
hari itu akan tiba..
Subscribe to:
Posts (Atom)